Saturday, 30 December 2017


Pelaksanaan Program Mentoring: Kesan ke atas Keupayaan Mengajar Guru dan Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Pengajian Am Penggal Dua oleh Abang Adrus bin Abang Junidi (Pengetua: MSc Pengurusan Pendidikan) Dr. Kiplie bin Amit (PhD Kurikulum dan Instruksional) Awg Abas bin Awg Lawi (Ketua Unit Pengajian Am) Lusran bin Jais (Pensyarah Pengajian Am DG52) Abstrak Program mentoring merupakan salah satu usaha memperkasakan bidang pendidikan negara. Kajian telah dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti kesan sistem mentoring ke atas keupayaan mengajar guru dan pencapaian mata pelajaran Pengajian Am yang diajar. Berdasarkan sorotan kajian yang lalu, terdapat banyak kajian yang menyentuh tentang sistem mentoring. Walau bagaimanapun, belum terdapat kajian yang memfokuskan kajian berkaitan mentoring dengan keupayaan guru khususnya dalam mata pelajaran Pengajian Am. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan ke atas lapan orang guru yang mengajar mata pelajaran yang dikaji di Kolej Tingkatan Enam Saratok Sarawak sebagai sampel. Kajian menggunakan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian hasil ujian t berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan skor min keupayaan mengajar guru antara praprogram dan pascaprogram. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat peningkatan NGMP mata pelajaran yang dikaji antara tahun 2016 dan 2017. Rumusannya, sistem mentoring dalam kalangan guru-guru sepanitia merupakan salah satu amalan baik yang boleh meningkatkan keupayaan mengajar guru atau bidang kerjaya yang lain.

Program mentoring: Meningkat Keupayaan Mengajar Guru Pengajian Am di Putrajaya 19/12/2017 bersama fasilitator Pn Hjh Nor Khatimah Ismail







REUNION bersama rakan MPBL, langkah ke arah menjadi seorang guru







Bersama Timbalan Naib Canselor Unimas Prof Dr Kopli Bujang


Bersama Supervisor dan isterinya sempena perkahwinan anak lelaki saya



Konvokesyen Master Science HRD anak sulong di Unimas 2017


Konvokesyen Isteri di UPM



Konvokesyen anak 3 di UiTM Kota Samarahan


Konvokseyen IPGM anak dan menantu..kejayaan akademik



Membentang dalam Kolokium Kebangsaan untuk semua Pusat Tingkatan Enam di Sunway University Petaling Jaya



Sebahagian Graduan Asia e University PHM Saratok Intake Januari 2015, Mei 2015 dan Januari 2016 under Prof Dr Harun Hj Pudin, Dr Kiplie Amit dan En Lusran Jais